24th

March 24th, 2007 by makmor

assalamualaikum wbt..

Bismillaahirrahmaanirrahiim…

Kembali lagi gua ke alam blogger ni…..lama benar rasa nya tak menaip..sampai lupa sebentar akan melodi papan kekunci ni..(tipu jerk)…

Kalau nak bercerita apa yang telah gua lalui sepanjang gua tak menaip ni rasa nya terlalu banyak…Bukan nya apa kalau nak di hurai kan satu persatu mungkin boleh di jadi kan novel….

Gua ada terbaca jugak la di dada2 majalah…(majalah jerk orang punya dada tak da)…banyak jugak la gua jumpa orang memberi perumpamaan tentang kehidupan ni…Yang selalu nya orang akan kata hidup ini ibarat roda..yang sentiasa berputar…Yang kekadang pancit..Ada jugak orang mengata kan yang kehidupan ini seperti sebuah novel…yang mana terdapat banyak chapter di dalam nya…dan ada jugak yang mengata kan hidup ini seperti pentas opera..atau pun pentas lakonan..Walau apa jua pun perumpamaan nya hidup perlu terus sampai satu masa kita pasti akan berhenti dari hidup…roda pasti akan berhenti,novel pasti akan tamat dan pentas pasti akan melabuh kan tirai…itu yang pasti nya…Jaminan dalam kehidupan??tidak ada……Yang pasti nya apa yang kita kerja kan di dunia jaminan nya pasti ada di akhirat kelak..

Ermm….Menyisip kembali akan kata-kata gua sebelum-belum ni gua pun tak pasti adakah itu gua yang menaip nya..kekadang terfikir jugak terjangkau jugak fikiran gua ke situ..kalau nak di lihat pada mata kasar gua ni tak da la apa pun…maksud nya kalau tak di halusi gua ni sama jerk seperti orang yg tidak akan pernah serius pun…mungkin tgk pada muka gua pun rasa nya tak tergambar sesuatu yang serius kot….tapi itu la dia nostalgik nya…gua lebih senang orang tidak nampak gua yang di sebalik itu…biar la orang nampak pada yang zahir..dan pada yang dah nampak tu..ehehehhe..simpan untuk diri sendiri…hihihihih….

Gua pernah tersalah langkah…recently…dan gua rasa gua telah melangkah terlalu jauh…jauh sangat2..sehingga gua tidak pernah mengaku bahawa itu adalah diri gua…dan gua telah menjadi sesuatu yang amat lain..lain dari yang pernah terjadi..tapi gua tidak sesekali menyalah kan orang lain…dan bahawa kesalahan itu terletak penuh di bahu gua..dan gua ingin kembali kepada landasan itu..landasan yang selama ni gua lalui dan gua ikuti…syukur alhamdulillah…gua cepat tersedar dari kegilaan itu…dengan harapan gua tidak akan tersilap lagi…bahawa kita takkan tau sejauh mana keimanan kita jika kita tidak di uji…dan sesungguh gua telah di uji..di uji dengan ujian yang memang gua telah gagal untuk menghalang nya…dan sekali lagi gua cuba untuk membina dan memperkukuh kan semula tembok yang telah roboh dan ranap sama sekali…bahawa apa yang gua bina dan gua cipta itu adalah terlalu lemah…dan sekali lagi gua cuba untuk mempertahan kan nya….Ya allah beri la hamba mu ini peluang sekali lagi…menebus dosa-dosa semalam…sesungguh hamba mu ini adalah orang yang menzalimi diri sendiri….

Maaf….kepada sesiapa sajer yang terluka kerana gua…samada dengan sengaja atau tidak sengaja..langsung atau tidak langsung…sesungguh nya gua ini adalah manusia yang tidak pernah lari dari melaku kan kesilapan..dan sekali lagi gua ingin memula kan sesuatu yang telah gua mula kan sejak dulu…semoga allah mengizin kannya..wallah hualam…..

Mungkin Aku terlalu

December 29th, 2006 by makmor

Mungkin aku terlalu….Entah la…Tapi itu la yg selalu menghantui diri aku selama ini…Adakah aku perlu buat tak kisah atau aku perlu buat bersahaja..tapi aku tidak mahu menyimpan perasaan..aku mahu dia tahu betapa aku kisah..

Entah la…baru hati hendak pulih tapi datang pulak benda lain…wahai hati bersabar lah…

Hah…malas nak merepek…chowzzz

Wahai Hati Bersabar lah

December 14th, 2006 by makmor

Assalamualaikum…

Lately
ni gua tak tau apa benda yang bergolak dalam hati dan perasaan gua
ni…TAk tentu hala..berkecamuk…gua mencari sedalam-dalam nya namun
gua tak jumpa…wahai hati mengapa kah kau begini…berat sungguh untuk
gua tanggung…aku seperti tidak berdaya untuk menanggung
nya…bagaimana ingin gua ringan kan bebanan ini…sesungguh nya gua
tak sanggup….

Wahai
hati..tenang la lu buat sementara ini…entah bagaimana lu boleh rasa
begini…entah apa punca dan sebab nya…wahai hati jika ada sesuatu yg
ingin lu sampai kan maka sampai kan lah..jika ada sesuatu yg ingin lu
nampak maka perlihatkan la ia..gua dah tak sanggup berteka-teki..

So bawah ni gua sisip kan buat renungan bersama…..

Sifat
pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat
pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait
syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.
Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap
kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji’un.". Pernah ditanya
Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah
lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu
pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang
besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging
itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas
itu jatuh terkena anak kecil Qais.

Menjerit-jeritlah
si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang
melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang
pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu
tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan
santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri
ceritanya.

Bukannya
Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu
adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian

yang
ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada
padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah
akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti
membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi
pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang
perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a)
Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap
biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina. 

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d)
Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e)
Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda
didalam keadaan yang marah.

f)
Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h)
Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau
kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara

lagi,
apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,
sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai
reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan
akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang

bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah
ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan
syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.
Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum!
dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar,darah naik
laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga
tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf,

penglihatan
nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal
tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah
laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk
juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap
yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis
menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu
akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.
berbanyak-kanlah. . beristighfar itulah senjata orang2 mukmin

Begitu
lah serba sedikit…Gua ni entah laaa…gua tak paham diri gua
ke..orang tak paham diri gua ke…tapi yang pasti nya hati gua selalu
berdetik dan berkata-kata…di dorong dan terdorong….

Tiada Lagi

December 12th, 2006 by makmor

Sia-sia sudah…kita jalin cinta…bila hati…selalu berbeda….
Sampai kapan lagi…ku harus menahan…rasa kecewa di dalam dada…
Seandai nya kita masih bersatu..tak mungkin menyatu…
Walau masih ada sisa cinta…
Biar kan saja..berakhir sampai di sini…

Tiada lagi yang ku harap kan….
Tiada lagi yang ku impi kan….
Biar aku sendiri tanpa diri mu…
Tiada lagi kata cinta mu…
Takkan lagi ku bersama mu..
Biar ku simpan semua…kenangan ku bersama mu….

Assalamualaikum…

December 7th, 2006 by makmor

Assalamualaikum…

Bukan
ada new episod pun..sesajer jer gatei nak taip cam tu….Tekak gatei
ni..malam tadi pergi karaoke bersama sepupu gua,adik gua dan kawan
dia…kul 12 midnight baru kuar umah..biasa la hala tujuan ke YC plaza
laa..Kalau dah jumpa ngan sepupu gua ni rasa nya memang seronok…kalau
bab merapu bagi kat kita orang laa…nombor satu…yang best nya pada
awal-awal masuk tu nyanyi lagu yang best-best jerk…gua nyanyi lagu
‘tiada lagi’ amy search..gua minat tul lagu ni….tapi bila dah
last-last tu suara pun dah pancit mula la kuar lagu yang
bukan2….antara nya lagu ‘gila judi’ dato` m daud kilau..sepupu aku tu
siap gelek ikut cara dato` m daud kilau…gua yang menyanyi pun dan
tergolek-golek ketawa…ahaahahah…satu ringgit….dua ringgit..tiga
ringgit..empat ringgit..lliimaaaaaa…ringggggit…hangus!!!!!thanx
guys…walaupun gua ada masalah dalaman at least pun lu orang sungguh
entertaining…

Dapat
email dari kawan yang berada kat Switz….Sian gua tgk…makin
kurus..tapi cute dah…gua rasa dia elok maintain kan figure cam
tu…just nice….Biasa la hidup di rantau orang banyak benda yang
harus kita biasa kan…sebab life style diaorang bukan sama macam kita
kat malaysia ni…kat sana segala-gala nya asing sungguh…makhluk
asing jerk tak da…Di sudut hati gua ni teringin nak ke sana…mana la
tau rezeki gua kan…tapi tak tau laa cam mana…member tu ada
ajak…dia kata tak kisah la..lepas tambang pun tak per…yang penting
sampai dia kata…ermm…menarik jugak tu…nanti la gua fikir kan nya
lagi…

Petang
ini nak g main bowling…ngan kawan lama..yer lah gua tak tau la kenapa
gua memilih untuk hidup seperti mana yang gua tempuhi kebelakangan
ini..samada hendak menjaga hati orang atau gua sendiri yang ikhlas nak
buat…tapi pagi ni ada sesuatu yang berlaku dalam diri gua ni…jadi
gua telah memilih apa yang telah gua tinggal kan..Tak da guna nya
menjaga hati orang lain sedang kan hati sendiri yang sakit…Life goes
on….:-)….

Cicak
man dah berada kat panggung tu..dengar dari cerita surat khabar
cicakman ni menarik..nak cuba jugak la malam…after
bowling..huhuhuhuhu….

Ok
la…alhamdulillah kesihatan berada di tahap ok…kesihatan hati pun
dan semakin pulih….Semoga gua terus tabah..insyaallah…

September 20th, 2006 by makmor

Assalamualaikum..

Marhaban Ya Ramadhan…Marhaban Ya Syahral Quran…Marhaban Ya Syahrash Shiyam….

Dalam hadits yang sudah sedia kita maklumi diceritakan Junjungan s.a.w. telah naik ke mimbar, setiap menaiki tiga anak tangga mimbar Junjungan s.a.w.mengucapkan aamiin. Perbuatan Junjungan ditanyai para sahabat.

Junjungan s.a.w. menjawab:-Jibril mendatangiku sewaktu aku menaiki anak tangga pertama, dia berkata:- "Celakalah seorang hamba yang tidak memakmurkan bulan Ramadhan sehingga dosa-dosanya tidak diampuni. " Aku pun berkata:-"Aamiin". Pada anak tangga kedua, dia berkata: "Celakalah seorang hamba yang tidak berkhidmat kepada orang tuanya sehingga dia tidak dimasukkan ke syurga. " Aku pun berkata: "Aamiin. "Pada anak tangga ketiga, dia berkata: "Celakalah seorang hamba yang mendengar namamu disebut, namun dia tidak bersholawat untukmu. " Aku pun berkata: "Aamiin".

Nah saudara, jangan sampai kita terkena malapetaka besar ini. Isikan Ramadhan dengan sebaiknya, hendaklah sentiasa berbakti kepada orang tua kita, dan jangan lupa sentiasa membasahi lidahmu dengan sholawat

Tinggal beberapa hari jerk lagi kita akan menemui bulan yg penuh dengan keberkatan…bulan turun nya al-quran…bulan yang penuh dengan kemuliaan…Hari jumaat ni tgk anak bulan..Yang pasti nya hari ahad ni kita puasa… Keseronokan Ramadhan itu sangat aku rindu kan…Terlalu banyak keistimewaan yang tak dapat aku hurai dan gambar kan dengan perkataan..waktu malam hari yg cukup tenang walaupun aku tinggal di bandar yang hiruk pikuk ni…alhamdulillah.. Harap-harap kali ini aku lebih mengganda kan amalan2 aku…selamat datang ya ramadhan..aku merindui mu…

A Brand New Day Again??

September 14th, 2006 by makmor

assalamualaikum……

Yuhuuu….Adakala nya aku tertanya-tanya dari mana datang nya rasa itu..Dari mana datang nya perasa itu..dan dari mana datang nya perasaan itu…Ia bukan datang seperti di paksa-paksa…ia datang secara rela dan kita seakan merela kan nya…Tatkala bila aku duduk keseorangan..Andai yg datang itu manis aku tersenyum tapi ada yg datang itu pahit berkerut muka menahan rasa pedih itu…Sebagai manusia aku tidak dapat lari dari meluah kan sesuatu kepada sesuatu untuk mendapat kan sesuatu..tapi adakala nya aku melebihi garis-garis sempadan itu dalam meluah kan sesuatu…dan natijah nya memakan diri aku sendiri..persolanan ini selalu berlegar-legar..antara ingin meluah kan atau ingin aku pendam kan sahaja…tapi adakala nya secara otomatis nya ia akan terluah dengan sendiri nya…kerana aku ini bukan seorang pelakon yang baik…

Pada dasar kehidupan manusia ini sama..aku,kau,dia,kita dan mereka itu sama..namun apabila diri kita sendiri yang mewujud kan garis panduan maka aku,kau,dia,kita dan mereka berbeza…kerana perbezaan itu di wujud kan oleh diri manusia itu sendiri..kita sendiri yang meletak kan di mana letak nya diri kita..kita pilih..kaya di dunia atau kaya di akhirat..penting dunia atau penting negeri akhirat?aku ada teringat bait-bait bicara ini…`jika kamu kejar dunia nescaya kamu takkan dapat akhirat,jika kamu kejar akhirat nescaya kamu dapat kedua-dua nya`…dan bertapa sukar nya nak mengejar negeri akhirat sedang dunia ini penuh dengan keseronokan..tapi ia sementara…aku tak sedar itu..tapi aku selalu mengigat kan diri aku iaitu yang paling hampir kepada aku ialah MATI…

Dan alhamdulillah…segala dugaan yang lepas2 tu aku dapat jugak mengatasi nya…walaupun pada ketika nya aku seakan tewas..aku hilang arah..seolah hilang segala-gala nya…tapi allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani..dia bagi segala nikmat walau pun manusia itu sendiri tidak pandai untuk bersyukur dan berterima kasih…segala puji bagi allah tuhan sekalian alam…Dan hari ni aku bangkit dari pertiduran..semoga langkah ini terus laju…laju laju dan terus laju…semoga allah permudah kan segala-gala nya…aamiiin…

Neraka

July 11th, 2006 by makmor

assalamualaikum

Sejahtera la atas kamu wahai sahabat dunia dan akhirat.SEmoga kalian berada di bawah lindungan rahmat dan kasih allah.

Di sini aku  kenal kan neraka buat peringatan diri aku sendiri.semoga kalian dapat menfaat nya..

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Lima Perkara Yg Aneh

July 10th, 2006 by makmor

Assalamualaikum….

Pembaca yang hensem dan yang lawa sentiasa….ingat la hensem dah lawa itu terletak pada mata yang memandang jgn lah di pertikai kan ciptaan yang maha esa…sesungguuh allah itu lebih mengetahui sedang kan kamu tidak…Lawa dan hensem itu pada iman…

Tapi hari ini bukan itu yang nak aku highlight kan..Ada perkara yang lebih besar dari itu…

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Talkin

July 4th, 2006 by makmor

assalamualaikum wbt,

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:-

sihat sebelum sakit

muda sebelum tua

kaya sebelum papa

senang sebelum sempit

hidup sebelum mati…

apabila mati nya seseorang islam itu makan talkin akan di baca kan…dan di kala tidak ada apa yang boleh menyelamat kan kita…kecuali amal kebajikan yg kita laku kan di dunia yg fana ini…tiga perkara yg akan kita bawa di alam kubur nanti:-

Sedekah jariah yg berterusan

Ilmu yang bermenanfaat

Doa anak2 yg sholeh/sholehah..

untuk renungan aku serta kawan-kawan semua di sini aku serta talkin yang di melayu kn..supaya ianya sampai kepada maksud…serta menusuk ke dalam jiwa kita..supaya kita tidak alpa dan leka..dan supaya kita sedar yang kita akan meninggal kan kenikmatan dunia yg sementara ini…dan selamat la kita menuju ke negeri akhirat…sama-sama kita renung dan amik aktibar…baca dengan meletak kan nama kita sendiri…sila kan kawan-kawan….:-

Talkin

Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer…., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A’LAAMM. Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah". Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A’sr Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat…"